Kekhuatiran Pasaran Terhadap Isu Perdagangan Beri Kesan Pada US Dolar!

347

Matawang US dolar didagangkan rendah pada hari Isnin berikutan sikap optimis pasaran terhadap perdagangan AS-China semakin pudar.

Matawang greenback telah mencatat penyusutan pada minggu lepas beriktuan terdapat sedikit ketegangan dalam rundingan AS-China. Dalam masa yang sama, kesatuan Eropah dan UK telah memulakan rundingan mengenai isu Brexit, menyebabkan para pelabur lebih tertarik untuk melabur dalam pasaran aset berisiko pada minggu lepas.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan telah mencapai kesepakatan dengan China dalam perjanjian perdagangan fasa pertama pada Jumaat lalu. Walaubagaimanapun perjanjian ini dilihat masih mempunyai risiko untuk gagal.

Perjanjian tersebut akan mengambil masa lima minggu untuk mendapatkan perjanjian bertulis, menurut Trump. Ia akan menangani masalah harta intelek dan perkhidmatan kewangan dan pembelian produk pertanian AS secara besar-besaran yang bernilai $40 bilion hingga $50 bilion.

Pada hari ini, laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg melaporkan bahawa China inginkan sekali lagi pusingan perbincangan rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat sebelum menandatangi perjanjian yang diutarakan oleh Presiden AS Donald Trump pada minggu lepas.

Pada hari yang sama, Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menjangkakan pengenaan tarif tambahan pada pertengahan bulan Disember akan mula dikuatkuasakan jika tiada perjanjian yang dimenterai oleh kedua-dua belah pihak.

Menurut penganalisis Manuel Oliveri perjanjian separa antara kedua belah pihak kelihatan masih kekurangan asas dengan kemajuan yang terhad.

Pengukuhan indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama mula terbatas dan susut sedikit ke paras 98.232 setakat jam 11.15 p.m.

Matawang Sterling menyusut berbanding US dolar dan euro selepas UK dan Kesatuan Eropah menekankan bahawa masih jauh untuk mencapai persetujuan dalam perjanjian Brexit.

Matawang GBP susut sebanyak 0.51% berbanding US dolar kepada paras bacaan 1.2578 setakat jam 11.20 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat