Kekhuatiran Pasaran Terhadap Ekonomi A.S Semakin Meningkat!

478

Dalam wawancara Wall Street Journal, Presiden Rizab Persekutuan Richmond, Tom Barkin menyatakan bahawa ekonomi Amerika Syarikat memerlukan sokongan yang berterusan kerana pasaran buruh pada ketika ini bertumbuh dengan perlahan.

Barkin menyatakan bahawa pemulihan pasaran tenaga buruh adalah lebih lambat dari yang dijangkakan kerana penularan wabak Covid-19 yang masih memberi impak terhadap ekonomi.

Data ADP yang dikeluarkan pada hari Rabu ini mengukuhkan lagi kenyataan Barkin bahawa pekerjaan sektor swasta hanya meningkat sebanyak 428,000 pekerjaan pada bulan lepas dan dibawah sasaran. Data pada bulan Julai telah dinilai semula menunjukkan sebanyak 212,000 pertambahan pekerjaan berbanding laporan awal iaitu sebanyak 167,000.

Data ini membawa indikasi bahawa pasaran buruh AS bertumbuh dengan perlahan yang disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang masih berterusan dan rangsangan fiskal yang semakin berkurangan.

Disisi lain Gabenor Fed Lael Brainard mengatakan Federal Reserve berpendapat bahawa the Fed perlu melancarkan usaha baru untuk membantu ekonomi mengatasi impak wabak Covid-19.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat