Dagangan sesi Amerika menampilkan US dolar mula bagkit dari kelemahan dan kebanyakan matawang utama juga kembali mencatatkan peningkatan dengan dihimpit beberapa isu utama seperti lonjakan dalam kes jangkitan Covid-19 yang menambah tekanan terhadap pemulihan ekonomi. Dalam masa yang sama pasaran sedang menantikan kemaskini dalam rundingan pakej rangsangan Covid-19.
Di peringkat global, jangkitan Covid-19 berada di paras puncak dengan rata-rata sebanyak 198,863 kes positif jangkitan Covid-19 sehari selama 1 minggu. Dalam masa yang sama, pegawai kesihatan telah memberi amaran bahawa situasi terburuk belum lagi tiba.
Pemain pasaran memberi tumpuan pada kemasikini dari penggubal polisi mengenai pakej rangsangan Covid-19 yang menjadi penantian ramai pihak bil perbelanjaan $ 1.4 trilion.
Perkembangan positif yang berkaitan dengan vaksin COVID-19 dalam beberapa minggu kebelakangan ini mendorong para pelabur melihat membuat jangkaan bahawa pada tahun ekonomi akan menunjukkan pemulihan yang stabil.
Indeks US dolar mencatat pengukuhan sebanyak 0.05% berbanding matawang utama pada paras tukaran 90.832.
UK telah memulakan kempen vaksinasi pada hari ini yang menyaksikan vaksin Covid-19 oleh Pfizer diberikan kepada golongan lebih berisiko terlebih dahulu, iaitu warga tua dan pegawai kesihatan.
Dalam masa yang sama, Britain pada hari Selasa mengumumkan bahawa pihak mereka akan meneruskan dengan mengugurkan klausa undang-undang antarabangsa Brexit setelah UK dan Kesatuan Eropah (EU) berjaya mencapai kesepakatan dalam bagaimana menguruskan perbatasan Ireland Utara
Dagangan pound mula kukuh dari paras kejatuhan dengan GBP didagangkan susut 0.27% berbanding US dolar.
Sementara itu, euro mempamerkan kenaikan dengan tumpuan pelabur tertumpu kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis yang dijangka secara meluas akan meningkatkan pelonggaran polisi.