Kelompok ‘Whales’ Kripto Tidak Goyah Dengan Elon Musk!

2,856

Golongan ikan paus Bitcoin setakat ini menunjukkan indikasi bahawa mereka tidak lagi peduli dengan komen Elon Musk mengenai Bitcoin. Kelompok tersebut terus mengumpulkan sebahagian besar kripto tersebut setiap kali berlaku kejatuhan yang besar. Dilaporkan bahawa sebilangan pemilik ‘wallet’ telah menambah pegangan dengan kira-kira $2 bilion sejak pasaran mula merosot.

Kelompok paus merujuk kepada mereka yang memiliki pegangan Bitcoin antara 100 hingga 10,000 bitcoin. Berdasarkan data dari syarikat analitik Santiment bahawa mereka tidak goyah dengan komentar Elon Musk.

Bitcoin Whales Behavior vs Bitcoin Price. Source: Santiment

Berdasarkan carta, kelompok ikan paus menjana sejumlah keutungan apabila BTC mencecah paras harga $65,000 dan membuat pembelian semasa kejatuhan harga terutama ketika ia turun pada $ 30,000.

Selain ikan paus, pemain pasaran dan pelombong BTC jangka panjang enggan menjual BTC.Paras harga $37,000 sering menjadi intaian kelompok ini dan sebelum ini harga BTC telah naik kepada $ 39,000.

Berdasarkan data-data lepas, twit kontroversi Musk pada pagi hari ini yang telah menyebabkan BTC kehilangan kira-kira $ 3,000 dalam sehari berkemungkinan akan mendorong mereka membuat pembelian.

Peranan Musk telah banyak dibincangkan di dalam dan di luar ruang pasaran kripto. Namun, majoriti percaya bahawa pasaran akan matang hanya apabila pasaran berhenti terkait dengan Musk.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat