Kemajuan Ini Dapat Tembuskan Harga HBAR Hingga Paras $1?

270

“HBAR ni memang nampak berpotensi tapi tak tahu la kalau jangkaan penganalisis meleset.”

Rangkaian Hedera (HBAR) pada tahun 2023 berjaya melakukan beberapa kemajuan teknikal dalam pasaran mata wang kripto apabila memacu pembangunan dan pengenalan produk baharu yang dibina bersandarkan teknologi Hashgraph.

HBAR Foundation didapati mengumumkan penghijrahan Fresh Supply Co (FSCO), iaitu pengguna terbesar Mastercard Provenance dan rakan kongsi Commonwealth Bank daripada blockchain peribadi Mastercard ke rangkaian awam HBAR.

Pada awalnya, Mastercard manfaatkan teknologi blockchain dengan keupayaan leverage dan perkhidmatan nilai tambah untuk capai ketelusan serta kecekapan dalam pengurusan rantaian bekalan yang kompleks.

Namun, FSCO mula pindahkan semua operasi sedia ada ke rangkaian aset digital tersebut dengan menggunakan Perkhidmatan Konsensus Hedera (HSC) dan Perkhidmatan Token HBAR.

Hal ini kerana FSCO berhasrat organisasi negeri juga bekerjasama dengan perkhidmatan Hedera Guardian, di mana ia adalah penyelesaian berskala, decentralized dan sumber terbuka yang gabungkan pengurusan identiti peneraju industri serta teknologi distributed ledger (DLT).

Antara sebab FSCO berbesar hati membawa teknologi, rangkaian serta pangkalan pelanggannya ke rangkaian HBAR adalah susulan kematangan Majlis Pentadbiran termasuk perbelanjaan rendah dan tetap.

Selain itu, aplikasi non-fungible token (NFT) memfokuskan muzik yang digelar Mynt turut beralih daripada blockchain Ethereum (ETH) ke rangkaian HBAR.

Rentetan itu, pelabur berpendapat HBAR berpotensi tembus lebih $1 pada masa hadapan, di mana kini harganya berjaya canak sebanyak 6.37% didagangkan pada paras $0.06 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $2 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat