Kemarahan Orang Awam Punca CEO Bank Terkemuka Ini Letak Jawatan!

72

Sebelum ini reputasi Well Fargo sedikit tercalar selepas dikaitkan dengan isu salah laku yang agak besar dalam dunia perbankan dan kewangan.

Bertitik tolak dari isu itu, kemarahan orang awam yang memuncak telah memaksa John Stumpf iaitu Ketua Pegawai Eksekutif dan CEO Well Fargo meninggalkan jawatan beliau.

Stumpf yang berusia 63 tahun dikatakan akan bersara daripada kedua-dua jawatan tersebut secara serta-merta. Sementara itu, Tim Sloan iaitu Ketua Pegawai Operasi Well Fargo disebut-sebut sebagai bakal menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Stumpf.

Sloan berkata dalam satu wawancara, John Stumpf sendiri memutuskan untuk meletakkan jawatan bagi menjaga kepentingan Well Fargo. Beliau sama sekali tidak dipecat, namun menganggap keputusan ini adalah yang terbaik buat masa depan Well Fargo walaupun agak berat hati untuk meninggalkan kerusi CEO bank terbabit.

Stumpf meninggalkan lebih 268,000 pekerja selepas isu salah laku seorang pekerjanya yang membuka lebih 2 juta akaun tanpa kebenaran sebelum ini. Bank tersebut juga teleh membuat ganti rugi sebanyak $2.6 juta kepada pelanggan-pelanggan yang terlibat.

Selepas kejadian tempoh hari, saham bank terkemuka itu jatuh 12%. Disamping itu, beberapa pemegang saham Well Fargo, termasuk Warren Buffet juga kerugian kira-kira $1.4 billion selepas isu itu diketahui umum.

Bila Dapat Nasihat, Dengar dan Semat Dalam Hati. Bukan Masuk Telinga Kanan, Keluar Telinga Kiri!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat