Kematian Kobe Bryant Sudah Diramal 4 Tahun Yang Lalu?

1,582

Pada 26 Januari 2020, dunia digemparkan dengan kematian seorang pemain bola keranjang profesional Amerika Syarikat, Kobe Bryant yang terlibat dalam nahas helikopter. Tambahan daripada itu, nahas berkenaan turut mengorbankan 9 nyawa yang lain termasuk anak perempuannya yang berusia 13 tahun.

Rentetan daripada itu, timbul desas-desus yang mengatakan bahawa kejadian tersebut telah pun dirancang. Bukan itu sahaja! Kematian pemain bola keranjang lagenda itu juga dikhabarkan telah diramal sejak 4 tahun yang lalu.

Hal ini didedahkan melalui siri animasi kartoon yang berjudul ‘Legends Of Chamberlain Heights’ yang disiarkan pada tahun 2016. Melalui paparan video yang bertarikh 16 November 2016, helikopter Kobe Bryant telah terhempas dan beliau masih hidup pada ketika itu tetapi terperangkap dalam helikopter tersebut.

Semasa itu, Kobe sedang memegang 2 buah piala NBA dan meminta pertolongan daripada 3 orang individu untuk menyelamatkannya. Salah seorang individu meminta beliau menyerahkan kedua-dua piala tersebut, barulah mereka akan mengeluarkannya daripada helikopter tersebut.

Ketika Kobe menyebut ‘pass’, helikopter tersebut terus meletup.

Selain itu, pada tarikh yang sama dengan kematian Kobe Bryant, salah seorang pemain NBA, LeBron James didapati telah mengatasi rekod ‘scoring’ pemain bola kerajang berkenaan. Adakah ini terjadi secara kebetulan atau telah dirancang sejak awal?

Apa yang lebih mengejutkan, pada 13 November 2012, terdapat sebuah posting yang dimuatnaik di akaun Twitter yang mendedahkan bahawa Kobe Bryant akan mati secara tragik dalam sebuah kemalangan helikopter.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat