Kemelesetan Ekonomi Utama Tak Akan Tercetus Sebab Bank Pusat, Ini Kata Goldman Sachs

191

Ekonomi utama tidak akan jatuh ke dalam kemelesetan yang didorong oleh dasar monetari sepanjang tahun depan, menurut Goldman Sachs.

Pandangan Goldman adalah berdasarkan kepada sembilan negara pertama yang melaksanakan pengetatan di mana kebanyakannya daripada ekonomi sedang pesat membangun di Amerika Latin dan Eropah tengah dan timur, serta New Zealand.

Ia mendapati tiada negara yang menunjukkan tanda-tanda kemelesetan memandangkan pasaran buruh mereka terus bertahan.

Antara tiga faktor utama yang menyokong ekonomi ini menurut Goldman adalah:

  1. Kunci kira-kira (balance sheet) yang kukuh mendukung pengeluaran lebihan simpanan dan pertumbuhan kredit pengguna yang pesat.
  2. Permintaan buruh yang kukuh telah menyokong pertumbuhan pekerjaan di beberapa negara.
  3. Pembukaan semula daripada penutupan Covid-19 masih mendorong pertumbuhan.

Pasaran buruh yang terlalu ‘panas’ dan kadar pertukaran semakin lemah adalah antara faktor negatif, walaupun terdapat beberapa bukti bahawa krisis rantaian bekalan semakin berkurangan dan inflasi teras yang berterusan mungkin telah memuncak dalam kebanyakan ekonomi.

Walaupun masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada ekonomi yang menaikkan kadar lebih awal akan menguncup, tetapi bukti setakat ini menunjukkan ia mungkin dapat mengelak daripada kemelesetan, kata Goldman Sachs.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat