Kemiskinan Hidup Motivasikan Lelaki Ini Jadi Jutawan Forex Sebelum Cecah Usia 30 Tahun!

5,961

Sam Leach merupakan seorang pemuda yang berusia 29 tahun dan berasal dari United Kingdom. Ketika zaman remaja, beliau telah berhadapan dengan kesukaran apabila kedua-dua orang tuanya berpisah.

Rentetan daripada itu, beliau dan abangnya telah berpindah bersama ayah mereka ke Watford. Pada ketika itu, mereka 3 beranak hanya tinggal di sebuah ruangan yang sangat kecil dan hanya ada sebuah katil.

Justeru itu, bapanya akan tidur di atas lantai manakala Sam dan abangnya tidur di atas katil. Meskipun menjalani sebuah kehidupan yang miskin, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.

Sam memasuki sebuah sekolah yang diibaratkannya sebagai Hunger Game dan sebuah kawasan yang malang. Hal ini demikian kerana beliau telah dibuang sekolah dan dituduh sebagai seorang pemberontak hanya gara-gara tidak mahu menyertai aktiviti yang dijalankan.

Seterusnya, beliau juga memiliki memori pahit di sekolah berkenaan apabila tangan Sam telah ditikam oleh salah seorang rakannya. Sejak daripada itu, beliau mula sedar bahawa beliau mesti keluar daripada kepompong kemiskinan dan bertekad untuk menyambung pengajian di universiti.

Berbekalkan keazaman dan kesungguhan yang kuat, Sam berjaya menempatkan dirinya di salah sebuah kolej. Di samping itu, beliau turut mencari peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi. Malangnya, kesemua pekerjaan tersebut memerlukan pengalaman selama 5 tahun sedangkan Sam masih lagi bergelar seorang pelajar.

Tanpa mengenal erti putus asa, beliau akhirnya memperoleh tawaran bekerja di salah sebuah bank swasta melalui sebuah temuduga. Semasa bekerja di bank berkenaan, Sam banyak didedahkan dengan dunia forex trading dan mula belajar mengenainya dengan lebih mendalam.

Pada tahun 2012, Sam memberanikan diri untuk menceburi bidang forex trading dan berjaya mengaut keuntungan sebanyak £1 juta! Berdasarkan pencapaiannya itu, beliau memutuskan untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang forex trader lalu mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Berdasarkan pengalaman dan kemahirannya dalam forex trading, beliau menjalankan sebuah perniagaan yang menyediakan kursus forex trading secara atas talian yang mengenakan yuran sebanyak £594.

Dengan kekayaan yang diperolehi, Sam telah membelikan sebuah bot dan kereta mewah untuk kedua-dua ibu bapanya sebagai tanda berterima kasih kepada mereka. Selain itu, beliau juga tinggal di sebuah rumah besar yang memiliki 6 buah bilik tidur dan mempunyai beberapa buah kereta mewah.

Seterusnya, beliau menerbitkan sebuah buku yang berjudul ‘Formula For Success’ dan aktif menyampaikan ceramah di sekolah-sekolah sebagai salah satu usaha untuk menyumbang kepada masyarakat. Hebat!

Ingin bergelar jutawan forex, tapi tak tahu bagaimana untuk bermula? Buku Panduan Lengkap Mula Trade Forex dapat membantu anda! Mari dapatkannya sekarang!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat