Kenaikan EUR/USD Terbantut Selepas Laporan Minit FOMC

269

US dolar pamer pergerakan lebih menarik pada dagangan sesi New York semalam apabila melemah pada awal sesi bermula sebelum kembali mengukuh di penghujung sesi. Apa yang berlaku?

Awal sesi New York pasaran memberi tumpuan terhadap terbitan laporan data pekerjaan ADP NFP Amerika Syarikat (AS) yang mengukur pertambahan pekerjaan sektor swasta melonjak lebih tinggi kepada 807,000 berbanding jangkaan penurunan kepada 405,000 untuk bulan Disember 2021.

Namun, bacaan positif tersebut tidak memberi reaksi peningkatan terhadap US dolar, sebaliknya US dolar bergerak lemah menuju terbitan laporan minit mesyuarat FOMC.

Selepas minit mesyuarat FOMC diterbitkan, barulah US dolar kembali pamerkan pengukuhan di penghujung sesi New York.

Harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD menunjukkan kenaikan harian sekitar 70 pips semalam, namun kembali susut semula di penghujung sesi New York susulan reaksi pasaran terhadap mesyuarat FOMC.

Isyarat trend bullish dilihat semula pada carta EUR/USD selepas harga telah bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Namun, pengukuhan US dolar turut dijangkakan untuk menekan kembali harga ke paras lebih rendah menjelang laporan pekerjaan NFP yang menjadi tumpuan di penghujung minggu ini.

Kenaikan harga masih dijangkakan untuk menuju zon rintangan pada 1.14000 sebelum kenaikan lebih tinggi yang diteruskan bakal menguji paras ketinggian sekitar 1.14500.

Sementara situasi penurunan harga pula akan menuju zon sokongan tumpuan pada 1.12500 seterusnya ke paras lebih rendah pada zon penting 1.12000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat