Kenaikan Jangkaan Inflasi Petanda RBNZ Akan Teruskan Pengetatan

204

Jangkaan inflasi New Zealand meningkat lagi pada suku kedua, menguatkan lagi keyakinan pasaran bahawa bank pusat akan terus menaikkan kadar faedah secara agresif.

Memetik kepada tinjauan suku tahunan perniagaan Bank Pusat New Zealand (RBNZ), jangkaan inflasi dua tahun lebih awal meningkat kepada paras tertinggi baharu 31 tahun sebanyak 3.29% daripada 3.27% pada suku pertama.

Sementara unjuran untuk lima tahun ke hadapan pula meningkat kepada 2.42% daripada 2.3%.

Penganalisis pasaran secara meluas meramalkan RBNZ akan menaikkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas lagi pada mesyuarat 25 Mei yang akan membawanya kepada 2%.

Ia akan menjadi kenaikan separuh mata berturut-turut oleh bank pusat itu apabila penggubal dasar terus berusaha untuk menangani lonjakan inflasi di tahap tertinggi lebih 30 tahun.

Menurut laporan yang didedahkan RBNZ pada Khamis, bank pusat itu memberitahu bahawa jangkaan inflasi jangka panjang kekal berada di sekitar atau dalam julat sasaran RBNZ.

Walaupun unjuran untuk dua dan lima tahun meningkat, jangkaan 10 tahun ke hadapan sedikit berubah pada 2.11% daripada 2.12% pada suku pertama, di mana bank perlu mengekalkan purata inflasi dalam julat 1-3%.

Selepas keputusan dasar pada April, RBNZ berkata risiko jangkaan inflasi tinggi yang berterusan telah meningkat dan ia akan kekal komited dalam memastikan peningkatan harga pengguna semasa tidak ‘berakar umbi’ dalam jangkaan inflasi jangka panjang.

Walaupun jangkaan inflasi meningkat, dolar kiwi gagal memanfaatkan peluang untuk mencatat keuntungan, sebaliknya didagangkan lebih rendah disebabkan pengukuhan USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat