Kenaikan Pada Dagangan AUD/USD Alami Kesukaran Untuk Tembusi Paras 0.69400

383

Kenaikan pada carta harga pasangan matawang AUD/USD pada minggu ini dilihat lebih mendatar pada hari ini setelah harga gagal melepasi zon SBR (support become resistance) sekitar paras 0.69400.

Sentimen matawang dolar Australia masih lagi dikelaskan dalam kelompok dagangan yang berisiko dan faktor lonjakan harga adalah didorong oleh kelemahan pada nilai dolar Amerika Syarikat susulan kenyataan dovish Fed pada mesyuarat FOMC awal pagi semalam.

Bank pusat Australia juga dijangka akan mempertimbangkan tindakan penurunan kadar pada mesyuarat Julai dan Ogos nanti dan hal tersebut memberikan isyarat yang kurang baik terhadap dagangan Aussie.

Aussie akan digerakkan oleh perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China untuk sesi dagangan minggu hadapan. Dua ekonomi gergasi dunia yang berdepan konflik perdagangan yang berlarutan dijangka oleh para penganalisis pasaran, akan mengalami kesulitan untuk mencapai persetujuan.

Pergerakan harga pada carta AUD/USD semalam membuat kenaikan lebih 50 pips dari paras Magic Pivot sehingga ke paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum sedikit menurun apabila gagal menembusi zon SBR tersebut.

Dagangan yang bersambung pada hari ini dilihat menguji sekali lagi zon tersebut namun masih gagal membuat kenaikan lebih tinggi sebelum penurunan dilihat menuju ke paras Magic Pivot 0.6911 hari ini.

Paras tumpuan pada 0.69000 yang juga merupakan zon RBS (resistance become support) terdekat dilihat akan diuji dan berkemungkinan harga akan kembali pantul membuat kenaikan semula dan cuba melepasi paras 0.69400 dan meneruskan pendakian ke paras lebih tinggi.

Namun jika harga terus turun lebih rendah, jangkaan penurunan seterusnya akan menuju ke paras 0.68650 yang turut menjadi destinasi tumpuan harga sebelum ini.

Penurunan lebih rendah bakal menguji paras terendah semasa sekitar support 0.6830 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 0.6888, 0.6854, 0.6830.

Paras resistance: 0.6945, 0.6969, 0.7003.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat