Kenaikan Pada Dagangan EUR/JPY Disokong Oleh Data-Data Ekonomi Zon Eropah

391

Dagangan Euro mula menunjukkan kenaikan pada sesi pasaran Eropah hari ini dengan pasaran dihiasi data-data ekonomi di zon Eropah selain tumpuan terarah pada persidangan kemuncak G-20 di Osaka Jepun bermula hari ini.

Data perbelanjaan pengguna di Perancis mencatatkan kenaikan 0.4% mengatasi jangkaan penurunan kepada 0.2% dan lebih tinggi berbanding bacaan data bulan Mei yang dikemaskini menurun kepada 0.3%.

Sementara, bacaan awal data inflasi di Perancis juga menaik kepada 0.2% berbanding jangkaan penurunan ke paras sifar.

Seterusnya pada jam 5 petang pula, pasaran menumpukan perhatian kepada bacaan data inflasi zon Eropah untuk unjuran tahun ke tahun. Bacaan inflasi untuk bulan ini menepati jangkaan pasaran apabila kekal pada angka 1.2% sementara bacaan teras pula mencatatkan kenaikan kepada 1.1% lebih tinggi berbanding jangkaan kenaikan 1.0% daripada bacaan sebelum ini iaitu 0.8%.

Berbanding dagangan Yen, Euro berjaya kembali membuat kenaikan ke paras Magic Pivot 122.611 pada carta harga pasangan matawang EUR/JPY selepas penurunan harga ditunjukkan sejak awal sesi Asia hari ini.

Yen masih kekal diniagakan lemah ekoran pelabur meletakkan harapan optimis terhadap pertemuan antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping dalam usaha membaikpulih kembali hubungan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang semakin tegang.

Penurunan pada sesi sebelumnya yang mencecah ke paras support 122.326 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini kembali membuat kenaikan pada sesi Eropah disokong oleh bacaan positif pada data-data ekonomi zon Eropah.

Penurunan pada dagangan hari ini juga membantutkan momentum kenaikan harga pada EUR/JPY yang kembali mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk 2 minggu pada dagangan semalam.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 122.611 hari ini, jangkaan kenaikan harga akan cuba mengatasi paras ketinggian yang dicapai semalam sebelum menuju ke paras 123.103 (MagicR2) untuk menguji zon resistance dagangan Jun.

Kenaikan harga yang berjaya melepasi zon resistance tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru berkemungkinan menuju ke paras 123.500 yang merupakan zon SBR (support become resistance) tumpuan harga pada carta EUR/JPY sebelum ini.

Namun jika harga kembali menyambung penurunan harga pada lewat dagangan semalam yang bersambung pada awal sesi dagangan hari ini, harga dilihat akan menguji paras 122.200 yang turut menjadi tumpuan harga sebelum ini.

Penurunan harga yang diteruskan berkemungkinan menuju ke paras lebih rendah ke sekitar support 121.834 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 122.326, 122.119, 121.834.

Paras resistance: 122.818, 123.103, 123.310.

 

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat