Kenaikan & Penurunan Ketara BTC Dirancang! Pump & Dump?

292

“Haih kesian orang lain pula yang kena tempias disebabkan sifat tidak bertanggungjawabnya.”

Selepas terdapat khabar angin mengatakan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) meluluskan spot Bitcoin (BTC) ETF, mata wang kripto itu berjaya mencapai $30,000 tetapi harganya merudum semula apabila BlackRock menafikan dakwaan itu.

Rentetan itu, banyak pakar telah memberi kritikan agak tegas susulan mereka sungguh percaya terdapat individu yang ingin manipulasi pasaran untuk kepentingan diri sendiri.

Pergerakan harga begitu drastik tersebut tidak mungkin berlaku tanpa seseorang secara sengaja menyebarkan maklumat palsu, ulas penganalisis kripto terkemuka Gareth Soloway sambil menambah bahawa kejadian sebegitu dapat menjejaskan kepercayaan dalam ruang aset digital.

Bukan itu sahaja, Soloway turut berkata SEC perlu melakukan siasatan berkenaan perkara tersebut untuk mengetahui siapakah individu yang membuat pertaruhan besar pada BTC sehingga membawa pada turun naik harga yang ketara.

Memang tidak dinafikan insiden “pump and dump” itu telah memberi kesan pada seluruh pasaran kripto, tetapi BTC mampu menunjukkan momentum positif susulan harganya sejak kebelakangan ini menyaksikan kenaikan secara beransur-ansur.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.10% pada paras $28,362 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $553 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 3.31% sepanjang minggu lepas.

Manakala Ethereum (ETH) pula menjunam sekitar 1.82% pada paras $1,565 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $188 bilion dan Ripple (XRP) susut 1.23% pada $0.48, kemudian turun 1.47% dalam masa tujuh hari lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat