Kenapa GBP/JPY Dah Tak Sambung Naik Selepas Lonjakan 27 Mei?

356

Apa sudah jadi pada pergerakan harga di carta pasangan mata wang GBP/JPY?

Rata-rata pelabur meluahkan kekecewaan apabila jangkaan untuk harga terus melonjak nampaknya meleset.

Ini adalah susulan lonjakan harga pada pada 27 Mei yang lalu melihakan harga melonjak 200 pips dari paras harga 154.00 sehingga ke paras ketinggian sekitar 156.00 mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak Januari 2018!

Namun penurunan disaksikan semula ke paras sekitar 154.800 di zon support harga tersebut sehingga dagangan bersambung pada minggu ini.

Sebelum ini, pelabur optimis untuk harga meneruskan trend bullish dengan perkembangan positif berhubung rancangan UK untuk melonggarkan sekatan pergerakan bagi tujuan pembukaan semula operasi ekonomi sepenuhnya pada 21 Jun ini.

Namun begitu, corak penurunan harga semakin dipaparkan walaupun masih belum begitu jelas isyarat untuk harga memulakan trend bearish.

Memberi tekanan bagi mata wang Pound, kebimbangan varian Covid-19 di UK dilihat akan merencatkan pemulihan ekonomi UK malah, tarikh operasi sepenuhnya ekonomi pada 21 Jun nanti berkemungkinan ditangguhkan kepada 5 Julai.

Ini akan mendorong penurunan lebih rendah harga pada carta GBP/JPY sekiranya pergerakan Yen juga lebih stabil dalam pasaran.

Untuk jangkaan penurunan di bawah zon 154.800, harga dilihat akan kembali menuju semula ke paras 153.900 yang telah berjaya menyokong harga daripada jatuh lebih rendah sepanjang dagangan Mei lalu.

Harga yang bergerak di bawah paras tersebut pula akan menjangkakan penurunan lebih rendah harga dan boleh mencecah semula sehingga ke paras sekitar 132.00.

Sebaliknya, jika pelabur kembali menyaksikan lonjakan semula harga, paras ketinggian pada 156.00 yang dicapai sebelum ini merupakan mercu harga yang perlu diuji sekali lagi.

Melepasi paras ketinggian tersebut akan terus mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 tahun dengan rintangan 156.500 dilihat sebagai paras tumpuan terhampir.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat