Kenapa Harga Emas Masih Tak Bergerak?

1,383

Suasana pasaran yang bertambah baik menekan dagangan logam berharga emas untuk kekal terperangkap di paras terendah hampir dua bulan pada awal sesi Asia.

Ketika penulisan, spot emas diperdagangkan sedikit berubah pada sekitar harga $1,943 per auns, manakala niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,961 per auns.

Kesepakatan antara Presiden Joe Biden dan Republikan dalam isu siling hutang pada hujung minggu sedikit sebanyak memberi sokongan buat aset berisiko untuk meningkat.

Selepas kesepakatan tersebut, Dewan dan Senat perlu meluluskan perjanjian tersebut dengan tarikh akhir 5 Jun semakin hampir di mana kerajaan AS mungkin kehabisan wang untuk menjalankan tanggungjawabnya.

Selain itu, emas turut berada di bawah tekanan susulan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan melaksanakan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Jun susulan perbelanjaan pengguna Amerika Syarikat yang kekal kukuh.

Tumpuan pelabur pada minggu ini akan terarah kepada lebih banyak petunjuk kepada ekonomi AS terutamanya data pekerjaan NFP untuk bulan Mei.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat