Kenapa Justin Sun Tergesa-Gesa Alihkan $132 Juta Kripto Ini?

1,181

“Alamak, agaknya apa sebenarnya motif Sun bertindak sebegini.”

Baru-baru ini dikejutkan berita tentang pengasas mata wang kripto Tron (TRX) Justin Sun yang tiba-tiba memindahkan sejumlah besar Ethereum (ETH) bernilai $132 juta.

Diperjelaskan lebih terperinci, beliau yang sedang mengalih keluar 80,251 ETH daripada penyedia perkhidmatan staking liquid Lido (LDO) telah berjaya mengeluarkan 43,000 ETH bernilai 70 juta kemudian mendepositkannya pada Binance.

Umum mengetahui bahawa Sun yang menghantar timbunan ETH ke bursa kripto dapat mendorong aset digital tersebut dijual di pasaran terbuka yang merupakan tindakan autoriti kewangan membeli atau menjual sekuriti kerajaan atau sekuriti lain seperti bon, surat jaminan hutang, dan bil perbendaharaan.

Selain memerhati pergerakan address aset digital yang dikatakan adalah milik co-founder ETH Vitalik Buterin, on-chain data turut mendedahkan address itu dapat mendepositkan 1,000 ETH bernilai $1.64 juta kepada Bitstamp.

Hal ini kerana address tersebut didapati telah mendepositkan 4,400 ETH berharga $7.23 juta kepada Bitstamp dalam dua bulan lepas.

Ia juga dilaporkan menerima 70,000 ETH bernilai $115 juta daripada Vb3 yang dipercayai mempunyai kaitan dengan vitalik.eth.

Setakat penulisan ini, harga ETH menjunam sebanyak 0.32% pada paras $1,634 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $545 bilion seterusnya merekodkan penyusutan 0.67% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat