Kenapa Pound Tak Terkesan Dengan Kesuraman Data Ekonomi UK?

302

Ekonomi UK menguncup pada suku pertama 2021 ketika langkah-langkah penutupan di seluruh negara telah membebankan aktiviti ekonomi di negara itu.

Menurut anggaran awal yang dilaporkan oleh Pejabat Statistik Negara (ONS), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK menguncup sebanyak 1.5% pada suku pertama disebabkan penguncupan ketara pada bulan Januari iaitu ketika penutupan baru dikenakan untuk membendung penularan wabak.

Walaupun begitu, dagangan matawang pound dilihat tidak terkesan dengan angka tersebut, susulan bacaan pertumbuhan memberangsangkan yang dicatatkan pada bulan Mac.

Pertumbuhan ekonomi kembali mendapat momentum pada bulan Mac dengan mencatat kenaikan lebih kuat dari dijangkakan iaitu sebanyak 2.1% berbanding menyusuli peningkatan 0.7% yang disemak semula pada Februari.

Peningkatan ini menunjukkan tahap pemulihan yang lebih cepat dalam ekonomi UK setelah disokong oleh kemajuan dalam program vaksinasi di negara itu.

Dengan langkah-langkah sekatan akan dilonggarkan secara berperingkat, UK dijangka akan mengalami pemulihan yang mendadak pada tahun ini.

Ketika penulisan, matawang pound sterling terus diniagakan kukuh di sekitar paras harga 1.41300 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat