Kejutan di awal minggu apabila pelabur melihat pembukaan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY.
Ini disebabkan perbezaan pada harga yang dibuka lebih rendah berbanding penutupan harga di paras yang lebih tinggi pada sesi terakhir minggu lalu.
Setelah menutup di paras puncak 10 bulan sekitar 147.800, harga dibuka lebih rendah pada 146.800 pada sesi Asia pagi ini.
Yen mula paparkan pengukuhan di awal minggu setelah laporan bahawa bakal ada perubahan pada dasar monetari bank pusat Jepun (Jepun) yang diterajui oleh Kazuo Ueda.
Isyarat untuk beralih dari fasa pelonggaran itu telah mendorong hasil bon kerajaan Jepun 10-tahun (JGB) melonjak ke paras tertinggi sejak 2014.
Justeru, harga mula menunjukkan perubahan corak penurunan pada carta USD/JPY, dengan pengukuhan Yen terserlah berbanding US dolar sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah petang ini.
Pergerakan harga berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY itu memberi isyarat bearish dan setakat memasuki awal sesi Eropah, harga telah mencecah paras 146.00.
Jika situasi berterusan, harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah dan seterusnya bakal menguji zon 144.500 yang merupakan zon support pada dagangan Ogos lalu.
Jika tembus lebih rendah, harga boleh menuju ke paras sasaran terbaru pada 143.500 untuk catatkan paras terendah terbaru 5 minggu.
Namun jika lonjakan kembali berlaku semula, harga akan menguji zon 147.00 yang dilihat sebagai rintangan terhampir buat harga.
Seterusnya, halangan MA50 akan cuba untuk ditembusi sebelum harga kembali memberi isyarat untuk menyambung semula pergerakan bullish minggu lalu.
Paras tertinggi terbaru akan dicatatkan selepas zon rintangan dicapai minggu lalu pada 147.800 itu berjaya diatasi.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG