Kenyataan McConnell Mengenai ‘Debt Ceiling’ Beri Kelegaan Buat Pasaran!

306

Pemimpin Minoriti Senat Amerika Syarikat (AS), Mitch McConnell secara terbuka mengemukakan dua pilihan bagi mencari penyelesaian untuk menaikkan had hutang negara (debt ceiling).

Ini merupakan perkembangan baik untuk pentadbiran Biden yang masih buntu untuk meningkatkan had hutang sebelum tarikh akhir bulan ini kerana ketidaksepakatan antara Demokrat dan Republikan.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, McConnell mengatakan partinya, Republikan sedia untuk membantu mempercepatkan proses yang dikenali sebagai ‘reconciliation’, yang akan membolehkan Demokrat menaikkan had hutang tanpa suara mereka.

Bagaimanapun, Demokrat pada umumnya menentang gagasan itu, dengan mengatakannya sebagai terlalu berat, memakan masa dan berisiko.

Republikan mengatakan Demokrat yang menguasai kedua dewan Kongres dan White House, harus bertindak sendirian tanpa suara mereka menggunakan reconciliation. Namun, Demokrat menentang kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa had hutang adalah tanggungjawab bersama kedua pihak.

Selain itu, McConnell juga mengatakan Republikan akan membenarkan Demokrat menggunakan prosedur biasa untuk meluluskan lanjutan pembiayaan had hutang kecemasan dalam jumlah dolar tetap untuk menampung tahap perbelanjaan semasa hingga bulan Disember.

Pelanjutan jangka pendek ini akan memberi kedua-dua pihak lebih banyak masa untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat