Keputusan Dasar RBA Mengejutkan Trader AUD!

469

Pengumuman dasar Bank Pusat Australia (RBA) mengejutkan pelabur pada sesi Asia selepas ia menamatkan sasaran hasil bon untuk April 2024 sebanyak 0.1% dan mengekalkan kadar faedah di tahap terendah 0.10%.

Ekoran daripada itu, pasangan matawang AUD/USD menjunam sekitar 50 pips, yang membawa dolar Aussie kembali ke bawah paras harga 0.7500 berbanding US dolar.

Tambahan daripada itu, RBA juga mengubah kenyataannya sebelum ini mengenai kenaikan kadar faedah tidak akan berlaku sehingga tahun 2024. Sebaliknya, kadar tidak akan dinaikkan sehingga inflasi sebenar meningkat secara berterusan dalam julat sasaran 2%-3%.

Ini secara tidak langsung mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang bertambah baik dan kebimbangan terhadap bacaan inflasi yang mengejutkan baru-baru ini.

Bank pusat meramalkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 3% pada tahun 2021 dan 5.5% dan 2.5% untuk dua tahun seterusnya.

Ini memerlukan pasaran buruh yang kuat untuk menjana pertumbuhan dalam upah secara material yang lebih tinggi daripada tahap semasa.

Sementara itu, RBA turut menetapkan unjuran inflasi Australia tidak akan lebih daripada 2.5% menjelang akhir tahun 2023 dan meramalkan hanya peningkatan beransur-ansur dalam pertumbuhan upah.

Bagaimanapun, terdapat ketidakpastian dalam bidang kesihatan yang mungkin akan terus menunjukkan kelemahan. Penutupan coronavirus disebabkan Covid-19 baru-baru ini telah menyebabkan jam bekerja di Australia jatuh mendadak, tetapi pemulihan kini sedang dijalankan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat