Keputusan FOMC: Kadar Faedah Tidak Berubah, Coronavirus Cetus Kebimbangan Fed

368

Federal Reserve A.S (Fed) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah seperti dijangkakan pasaran, meskipun terus berdepan tekanan daripada Presiden A.S Donald Trump untuk pengurangan kadar faedah lebih mendalam.

Pada mesyuarat dasar monetari pertama tahun ini, bank pusat mengekalkan kadar faedah kepada sasaran antara 1.50%-1.75% selepas penurunan sebanyak tiga kali tahun lepas.

Selain itu, bank pusat juga meningkatkan kadar faedah ke atas rizab berlebihan (IOER) sebanyak 5 mata asas kepada 1.60% dan menyifatkannya sebagai pelarasan teknikal yang kecil.

Susulan daripada keputusan FOMC, US dolar menyusut berbanding safe-haven yen selepas Pengerusi Fed Jerome Powell menyuarakan kebimbangan beliau terhadap virus maut China yang boleh menjejaskan ekonomi global.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama pula kukuh menghampiri paras tertinggi dua bulan iaitu pada 98.03.

Dalam kenyataan Jerome Powell awal pagi tadi, beliau telah menekankan mengenai kekuatan berterusan dalam ekonomi tetapi turut menyatakan kekhuatiran terhadap ketidakpastian dalam prospek termasuk penularan coronavirus yang semakin meluas.

Menurut Powell, bank pusat akan terus memantau dan meneliti perkembangan mengenai situasi tersebut. Walaupun impak coronavirus dilihat jelas mempengaruhi output China, beliau memberitahu masih terlalu awal untuk menentukan kesannya terhadap prospek ekonomi A.S.

Di samping itu, Powell juga menjelaskan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan kadar inflasi yang rendah dan menyatakan komitmen mereka adalah untuk mencapai sasaran pada 2%, bukan harga siling.

Apabila menyentuh mengenai kecairan dan repo (repurchase agreement), beliau mengakui bahawa repo boleh memainkan peranan sebagai backstop untuk menyokong kawalan kadar tetapi matlamat mereka adalah kecairan dan bersedia untuk menyesuaikan jumlah yang diperlukan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat