Keputusan OPEC+ Menepati Jangkaan! Ini Reaksi Harga Minyak

384

Harga minyak susut setelah OPEC+ memutuskan akan meneruskan rancangan mereka untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah dengan menjangkakan bahawa pasaran global dapat menyerap penawaran tambahan seiring permintaan yang sedang meningkat.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan susut pada $71.25 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula jatuh di sekitar harga $68.20 setong.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain termasuk Rusia, yang dikenali sebagai OPEC+, telah bersetuju untuk meneruskan rancangan bagi meningkatkan pengeluaran minyak mentah bulanan dengan penambahan 400,000 tong sehari.

Walaupun kesan pandemik Covod-19 terus menimbulkan beberapa ketidakpastian, tetapi asa pasaran telah menguat dan bekalan di negara-negara OECD (Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi) ketika pemulihannya semakin cepat, menurut OPEC+ dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, OPEC+ turut mengubah unjuran pertumbuhan permintaan minyak bagi tahun 2022, dengan meningkatkannya kepada 4.2 juta tong sehari berbanding sebelumnya 3.8 juta tong sehari, memperlihatkan potensi untuk peningkatan pengeluaran lebih banyak pada masa akan datang.

Sementara itu, di Amerika Syarikat, bekalan minyak mentah terus menunjukkan penurunan pada minggu lalu walaupun terdapat peningkatan jangkitan coronavirus di seluruh negara, dengan menurun sebanyak 7.2 juta tong, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat