Kes Covid-19 Dah Nak Cecah 4 Juta, AS Tak Buat Apa-Apa Ke?

571

Selain Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat juga dilaporkan sedang berusaha untuk menyokong ekonomi daripada kesan Covid-19 dengan memperkenalkan pakej rangsangan baru.

Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell dijangka akan memperkenalkan rang undang-undang rangsangan fasa keempat beliau pada minggu ini, setelah dua bulan House of Democrats melancarkan pelan rangsangan bernilai $3 trilion.

Pelan rangsangan oleh McConnell dijangka jauh lebih kecil daripada pakej yang diperkenalkan Demokrat iaitu dengan belanja hanya sekitar $1 trilion.

Langkah ini diambil setelah beberapa negeri menyatakan lebih banyak kes baru Covid-19 direkodkan setiap hari sehingga menyebabkan mereka menutup semula aktiviti ekonomi dan memperlambatkan usaha-usaha pemulihan.

Pakej rangsangan Mc Connell dikatakan akan merangkumi perbelanjaan untuk sektor pendidikan bagi membantu persiapan pembukaan semula persekolahan pada musim luruh, bantuan perlindungan untuk sektor perhotelan dan hospitaliti serta penambahan dana untuk ujian dan vaksin Covid-19.

Selain itu, bagi sektor pekerjaan pula, beliau dijangka akan mengusulkan kira-kira $134 bilion daripada lebihan dari program sebelum ini untuk digunakan semula dalam program perlindungan gaji fasa keempat.

Walau bagaimanapun, tiada dana tambahan akan diberikan kepada negeri atau kerajaan tempatan.

Virus itu telah meragut lebih dari 140,000 nyawa di AS sejak wabak itu bermula, sementara Florida, California, Texas serta beberapa negeri di selatan dan barat merekodkan peningkatan yang tinggi saban hari menjadikan jumlah kes terkini mencecah lebih 3.7 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat