Kes Covid-19 Melonjak Naik Di Kedua-Dua Negara Ekonomi Terbesar Dunia! Ini Kesan Terhadap Pasaran Kewangan!

1,270

Pada hari ini pemain pasaran menyaksikan kejatuhan dalam pasaran saham dan indeks US dolar berikutan lonjakan kes pandemik Covid-19 di Amerika Syarika dan China. Hal ini telah menimbulkan kebimbangan bahawa jangkitan gelombang kedua akan melanda dan akan menggagalkan usaha yang diambil oleh kedua-dua ekonomi terbesar dunia ini dalam menangani wabak Covid-19.

Saham di Wall Street jatuh mendadak pada pembukaan pasaran kali kedua dimana Bursa S&P 500 jatuh 2% dan Bursa Nasdaq merosot 1.5%. Pasaran Eropah juga terkesan dimana bursa FTSE 100 dan Stoxx Europe 600 masing-masing kehilangan 1%.

Pasaran kewangan sedang berhadapan fasa turun naik (volatile) yang bermula sejak seminggu yang lalu kerana peningkatan jangkitan Covid-19 di beberapa kawasan. Bursa S&P 500 jatuh hampir 6 peratus pada hari Khamis, kejatuhan terbesar sejak penjualan berjumlah besar pada bulan Mac.

Prospek pasaran adalah bergantung tentang persoalan adakah peningkatan jumlah kes jangkitan yang mendadak ini dapat diatasi atau tidak. Justeru pasaran terus berada dalam fasa berisiko jika persoalan ini tidak terjawab. Ulasan ini dinyatakan oleh pengurus pelaburan, Rupert Thompson.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan rendah pada paras 96.95e setakat jam 10.30 p.m.

Paul Donovan, pengarah ekonomi di UBS Global Wealth Management mencadangkan para pelabur harus memberi tumpuan tentang persolaan adakah peningkatan mendadak ini dapat membawa kepada kelembapan dalam aktiviti ekonomi atau tidak?

Pada hari minggu baru-baru ini, China telah mencatat 80 kes baru di Beijing selepas 50 hari sepi tanpa apa-apa kes baru. Di AS pula 2 juta orang telah disahkan positif Covid-19 dan hampir 100,000 orang telah menemui kematian akibat kes tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat