Kesatuan Eropah Melancarkan Pakej Rangsangan Bernilai 750 Bilion Euro! Ini Kesan Terhadap Matawang Euro!

569

Suruhanjaya Eropah telah melancarkan pakej rangsangan terbaru sebagai dana pemulihan yang bernilai sehingga 750 bilion euro ($ 826.5 bilion), dengan harapan negara-negara rantau Eropah dapat menghadapi krisis ekonomi ini dengan lebih baik.

Dana yang bernilai 750 bilion euro ini merangkumi 500 bilion euro dalam bentuk geran dan 250 bilion euro dalam bentuk pinjaman kepada negara-negara Eropah. Daripada pinjaman 500 bilion euro, 310 bilion akan dilaburkan dalam peralihan digital dan teknologi hijau.

Disisi lain Jerman dan Perancis telah menjalinkan kerjasama untuk mengeluarkan hutang EU secara bersama pada minggu lalu. Tindakan ini telah mencadangkan Suruhanjaya Eropah untuk mengumpulkan 500 bilion euro di pasaran awam dalam bentuk geran.

Inisiatif itu digambarkan sebagai suatu kejayaan kerana sebelum ini Jerman sering menyatakan penentangan idea hutang bersama. Walaubagaimanapun, masih terdapat empat negara Eropah masih menyatakan penentangan untuk mengisukan geran. Negara seperti Austria, Belanda, Sweden dan Denmark menginginkan komitmen reformasi ekonomi yang kuat sebagai ganti bantuan kewangan.

Pada hari ini, 27 buah negara anggota EU telah memulakan perbincangan mengenai insiatif rangsangan. Para pemimpin dijangka akan bertemu kembali melalui panggilan video pada 18 Jun dengan harapan kata sepakat dapat dicapai.

Sementara ini, Bank Pusat Eropah akan membeli bon kerajaan sebahagian daripada pakej 750 bilion euro. Matawang Euro mencatat pengukuhan berbanding US dolar sebanyak 0.10% setakat jam 9.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat