Ketegangan Di Timur Tengah Makin Panas, Ini Jadi Pada Harga Minyak!

5,902

Ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Timur Tengah telah menambah kebimbangan pasaran terhadap bekalan, sekali gus mendorong harga minyak mentah ke paras tertinggi 7 tahun.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan kukuh pada $88.44 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula menguat pada $86.50 setong.

Terbaharu, satu serangan dron yang disyaki oleh pemberontak Houthi Yaman di Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah meletupkan tiga kapal tangki bahan api dan mengorbankan tiga nyawa.

Susulan itu, gabungan yang diketuai Arab Saudi bertindak balas dengan serangan udara ke atas ibu kota Yemini, Sanaa, menyebabkan 20 orang terbunuh.

Ekoran daripada itu, pemberontak Houthi memberi amaran bahawa ia akan menyasarkan lebih banyak fasiliti minyak sementara UAE pula mengatakan akan bertindak balas terhadap serangan tersebut.

Sementara itu, ketegangan antara Rusia dan Ukraine juga semakin parah, selepas tentera Rusia dilaporkan sudah bersedia di sempadan Ukraine. White House menyifatkan krisis tersebut sebagai amat berbahaya dan mengatakan Moscow boleh menyerang pada bila-bila masa sahaja.

Dalam pada itu, pengukuhan harga turut disokong oleh kebimbangan terbaharu pasaran terhadap gangguan pada saluran paip dari Iraq ke Turki yang terkesan akibat letupan pada sistem menyebabkan pengendali Turki Botas terpaksa mengurangkan aliran minyak pada saluran paip Kirkuk-Ceyhan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat