Ketegangan Di Timur Tengah Meningkat, Apa Jadi Pada Harga Minyak?

455

Harga minyak merosot lagi setelah ditekan oleh ketidakpastian yang berlaku dalam pasaran susulan kebimbangan terhadap penularan varian virus Delta di negara-negara pengguna utama akan mengurangkan permintaan bahan bakar.

Amerika Syarikat dan China, dua pengguna minyak terbesar di dunia, bergelut dengan penularan varian Delta yang sangat cepat, sehingga para penganalisis bimbang bahawa ia akan membataskan permintaan.

Di Amerika Syarikat, kadar kemasukan ke hospital akibat Covid-19 dilaporkan telah meningkat ke tahap tertinggi, terutamanya dari kalangan orang yang belum divaksinasi.

Sementara di China pula, virus telah merebak ke bandar-bandar pendalaman sehingga mendorong pihak berkuasa untuk melaksanakan langkah-langkah sekatan yang lebih ketat untuk membendungnya.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh 0.3% kepada $72.19 setong, manakala minyak mentah WTI Amerika Syarikat pula merosot 0.5% kepada $70.23 setong.

Dagangan minyak WTI telah merosot di bawah $70 setong pada sesi sebelum ini, tetapi kembali stabil selepas disokong oleh ketegangan yang berlaku di Timur Tengah.

Pada hari Selasa, tiga sumber keselamatan maritim mendakawa pasukan yang disokong oleh Iran merampas sebuah kapal tangki produk minyak di luar pantai Emiriah Arab Bersatu, walaupun Tehran membantah laporan tersebut.

Ini adalah serangan kedua terhadap kapal tangki sejak Jumaat di wilayah itu. AS dan UK menyalahkan Iran bertanggungjawab dalam serangan ke atas kapal tangki minyak yang dikendali oleh syarikat milik Israel di luar Oman sehingga meragut dua nyawa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat