Ketua IMF – Matawang Crypto Harus Dikawal Selia

692

Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde telah menegaskan bahawa matawang digital atau lebih dikenali sebagai matawang crypto itu akan berada dibawah pengawasan pengaturan kerajaan dalam tempoh masa terdekat ini. Sebagaimana yang diucapkan oleh beliau di World Government Summit, hal ini sangan jelas, kita memerlukan pengawalseliaan di peringkat antarabangsa dan peraturan yang dapat digunapakai.

Pengawalseliaan adalah bagi mengelakkan penglibatan matawang crypto dalam pasaran gelap dan pengubahan wang haram kerana sifat matawang cyrpto yang merahsiakan identiti.

Justeru, peraturan mesti merangkumi ekuiti dan aktiviti pedagang terutamanya seperti dari mana pedagang mendapat kebenaran dan diawasi.

Kebanyakkan negara pada ketika ini juga mengambil sikap yang sama iaitu pengawalseliaan berbanding melakukan pengharaman matawang crypto. Menurut mereka, inovasi teknologi tidak seharusnya dibendung tetapi membenarkan ia berkembang pada landasan yang betul.

Sebagaimana menurut kebanyakkan jabatan kerajaan negara utama di World Economic Forum di Davos, yang dirangkum dalam ucapan menteri kewangan US Steven Mnuchin menegaskan bahawa ” Kami mendorong fintech dan inovasi, namun menjadi tanggungjawab kami untuk pastikan pasaran kewangan adalah selamat untuk dilabur.”

Harga bitcoin kini berada pada paras harga $8,812.15 seunit dan ethereum pula berada pada harga $863.27.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat