Matawang U.S dolar mengukuh semalaman dalam pasaran Asia berbanding yen dan euro menyusut berikutan laporan data sektor pembuatan Japan dan China yang positif manakala data di Australia kurang daripada bulan sebelumnya.
Aktiviti perniagaan sektor pembuatan China iaitu Indeks PMI (Purchasing Manager’s Index) Caixin kekal pada bacaan 51.0 pada bulan Oktober, tidak berubah daripada bacaan bulan September. Bacaan 51.0 pada bulan Oktober kurang dengan jangkaan yang mensasarkan bacaan 51.6.
Di Australia, Indeks Pembuatan AIG mencatat bacaan 51.1 berbanding bacaan sebelumnya pada 54.2. Manakala PMI pembuatan Jepun meningkat kepada 52.8 berbanding jangkaan pada 52.5.
AUD/USD didagangkan pada 0.7665 meningkat 0.12%, manakala USD/JPY mengukuh sebanyak 0.18% kepada 113.86. EUR/USD menyusut sebanyak 0.10% kepada 1.1634. Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain mengukuh sebanyak 0.11% kepada 94.55 setakat jam 11.10 pagi.
Berdasarkan laporan pelabur, ekonomi U.S kekal mengukuh berikutan keyakinan pengguna meningkat kepada paras tertinggi sejak 2008, manakala aktiviti ekonomi di Chicago meningkat kepada paras tertinggi 6 tahun 6 bulan lalu pada bulan Oktober.
Chichago PMI meningkat kepada 66.2 pada bulan Oktober berbanding bulan September yang mencatat bacaan 65.2. PMI merupakan salah satu pengukur tanda aras ekonomi U.S yang penting.
Selain itu, pasaran juga memberi tumpuan kepada mesyuarat FOMC pada hari ini bagi mendapatkan keputusan tentang kadar faedah.
Matawang pound mengukuh pada pembukaan pasaran Asia berikutan jangkaan pasaran bahawa Bank of England (BoE) akan meningkatkan kadar faedah buat pertama kali sejak 10 tahun pada hari Khamis ini.