Khabar Dari China Sokong AUD/USD Meningkat Lebih Tinggi

108

Dolar Australia menjadi mata wang dengan prestasi terbaik pada Rabu semalam ketika US dolar gagal untuk meneruskan pengukuhan lanjutnya.

Sentimen pasaran dipulihkan dengan berita dari China, bukan berkaitan isu Covid-19 tapi laporan berkenaan sekatan import arang batu Australia.

Setelah konflik berlarutan selama 2 tahun, China akhirnya sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan sebahagian sekatan import arang batu ke atas Australia sebelum ini.

Pada pertengahan 2020 lalu, China bertindak menyekat import arang batu ekoran Australia menyertai negara-negara lain dalam penyiasatan punca Covid-19 membabitkan negara China.

Sentimen pasaran yang dilihat mula beralih ke arah risk-on memberi kelebihan kepada dolar Australia selain menjadi faktor mengendurkan semula pengukuhan US dolar.

Justeru, harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD semalam telah memaparkan kenaikan harian sekitar 170 pips bermula dari paras 0.67200.

Kenaikan harga telah melepasi zon rintangan pada 0.68300 dan mencapai ketinggian sekitar 0.68800.

Turut memberi isyarat perubahan trend apabila kenaikan harga tersebut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD.

Namun sesi New York kembali menyaksikan corak penurunan semula harga sehingga bersambung pada dagangan hari ini (Khamis) menuju ke paras MA50 semula.

Kenaikan harga masih dijangka akan diteruskan selepas lonjakan semalam dengan sasaran untuk menembusi zon rintangan 0.69000.

Seterusnya, harga bakal menuju ke ketinggian terbaru 0.7000 untuk rekod tertinggi 5 bulan.

Sebaliknya, pelabur akan berhati-hati jika harga kembali susut di bawah paras MA50 dan dijangka akan kembali ke zon sokongan harga pada 0.67000.

Perubahan trend bearish harga akan dinilai sebelum harga dijangka untuk meneruskan penurunan ke paras lebih rendah.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat