Kim Jong Un Berada Dalam Keadaan Kritikal! Spekulasi Siapakah Pemimpin Baru Semakin Hangat Diperkatakan!

2,396

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal setelah menjalani pembedahan jantung. Walaupun segelintir pihak telah membantah laporan yang dikeluarkan oleh pegawai Amerika Syarikat yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai perkara tersebut.

Spekulasi mengenai tahap kesihatan Kim mula tercetus berikutan ketidakhadiran beliau pada sambutan hari lahir datuknya, Kim Il Sung pada 15 April lalu. Beliau kali terakhir dilihat empat hari sebelum itu ketika di mesyuarat kerajaan.

Laporan mengenai keadaan kesihatan Kim Jong Un telah meningkatkan risiko dalam sentimen pasaran memandangkan ia boleh menimbulkan isu ketidakstabilan politik di negara nuklear tersebut.

Atas dasar ini, komuniti perisik A.S telah ditugaskan untuk mengawasi keadaan pemimpin Korea Utara dengan lebih dekat. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh CCN bahawa Kim Jong Un berada dalam keadaan yang kritikal.

Penasihat Keselamatan Nasional Rumah Putih, Robert O’Brien, “kami sedang memantau laporan ini dengan lebih teliti. Dalam masa yang sama menekankan bahwa Korea Utara merupakan negara yang sering merahsiakan berita mengenai dalam negara itu.

Spekulasi lain mula tular ialah siapakah yang bakal mengantikan beliau? Sebahagian penganalisis berpendapat bahawa Kim Yo Jong yang merupakan adik perempuan Kim Jong Un akan mengantikan beliau.

Terdapat sumber yang menyatakan bahawa semasa Kim Jong-un menjalani rawatan pada Oktober 2014, Kim Yo-jong lah yang mengambil alih pemerintahan di sebalik tabir. Semasa sambutan hari lahir datuknya, Kim Il Sung pada 15 April lalu, Kim Yo-jong dikhabarkan mengambil alih peranan abangnya.

Kejelasan keadaan kesihatan Kim Jong Un bagaimanapun masih lagi samar memandangkan Korea Utara sering merahsiakan berita mengenai dalam negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat