Kisah Pemuda 18 Tahun Hidup Sebatang Kara, Akhirnya Jadi Jutawan Forex Pada Usia 22 Tahun!

2,075

Tyler Espitia merupakan seorang pemuda berusia 22 tahun yang berasal dari Houstan kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat. Ketika berada di bangku sekolah, beliau merupakan seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran.

Justeru itu, beliau mula sedar bahawa pusat pengajian bukanlah tempat yang sesuai baginya. Sehubungan dengan itu, Tyler mencari inisiatif lain untuk menampung kehidupannya.

Pada ketika itu, bapa tiri Tyler menjalankan pelaburan di Chicago Board of Trade telah mencetuskan minatnya untuk melibatkan diri dalam dunia pelaburan dan menganggap ianya sebagai sebuah tiket kejayaan.

Demi kehidupan yang lebih baik, beliau nekad meninggalkan keluarganya dan berpindah ke Los Angeles ketika usianya menginjak ke angka 18 tahun dengan hanya berbekalkan wang sebanyak $100. Hal ini demikian kerana hampir kesemua wangnya telah digunakan untuk melabur dan trade forex.

Dengan jumlah wang yang sangat sedikit, Tyler mula runsing apabila memikirkan tentang tempat tinggal yang sesuai. Tanpa membuang masa, Tyler telah pergi ke sebuah balai polis untuk meminta bantuan akibat daripada ketakutan untuk bergelar seorang gelandangan. Namun, beliau sangat bernasib baik apabila telah bertemu dengan seorang ejen hartanah yang menguruskan urusan jual beli dan sewa rumah.

Seterusnya, ejen berkenaan menawarkan sewa rumah serendah $500. Malangnya, Tyler hanya mempunyai wang sebanyak $100. Gara-gara simpati terhadap nasib Tyler, lelaki tersebut telah membantunya untuk mendapatkan kad link dan wang tunai daripada pihak kerajaan di pejabat keselamatan sosial.

Berbekalkan wang tunai yang diperolehi, Tyler memulakan kehidupannya sebatang kara di bandar Los Angeles. Hakikatnya, beliau terpaksa berdepan dengan kesukaran apabila tinggal seorang diri dan dihimpit dengan rasa sunyi.

Selain itu, beliau juga berhadapan dengan masalah kewangan hingga terpaksa mencuri untuk makan. Walau bagaimanapun, Tyler tidak pernah kenal erti putus asa dan tetap meneruskan minatnya dalam dunia forex trading.

Berkat kesabaran dan kesunguhan yang dimiliki, Tyler berjaya mengaut keuntungan lebih daripada $250,000!

4 tahun berikutnya, Tyler telah berjaya membantu ratusan individu untuk menceburkan diri dalam dunia forex trading yang menguntungkan. Selain itu, beliau turut memiliki sebuah kehidupan mewah yang pernah diimpikan suatu ketika dahulu dengan sebuah rumah besar dan beberapa buah kereta mewah serta bergelar seorang jutawan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat