Komoditi Ini Dah Mula ‘Down’ Lepas Melonjak Pada Awal Minggu

422

Harga minyak jatuh hampir 2% menjelang dagangan hujung minggu ketika penutupan baru dilaksanakan di Eropah terus menambah kesuraman terhadap prospek minyak mentah, sementara perhatian pasaran masih tertumpu kepada proses pengiraan undi pilihan raya AS yang masih belum selesai.

Pada sesi Asia, penanda aras minyak mentah WTI Amerika Syarikat diniagakan susut 2% pada $38.00 setong, sementara minyak mentah Brent pula turun 1.8% pada $40.19 setong.

Terdahulu, kedua-dua penanda aras tersebut didagangkan tinggi selepas disokong oleh data bekalan minyak mentah AS yang menunjukkan kejatuhan ketara pada minggu lepas iaitu sebanyak 8 juta tong disokong oleh penutupan pengeluaran disebabkan ancaman taufan Zeta di Teluk Mexico.

Bagaimanapun, dengan risiko mengenai wabak Covid-19 yang semakin meningkat dan perlaksanaan sekatan baru di Eropah menyebabkan pasaran terus bimbang dengan prospek permintaan global.

Kes jangkitan Covid-19 di Eropah terus meningkat, di mana Itali melaporkan 34,505 kes baru dan merekodkan angka kematian harian tertinggi sejak April iaitu sebanyak 445 kematian pada Khamis. Sementara sekurang-kurangnya 120,276 kes telah dilaporkan di Amerika Syarikat.

Pasaran kini mengharapkan OPEC dan sekutunya, termasuk Rusia, OPEC+ supaya menangguhkan rancangan mereka untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah pada Januari ini, sehingga suku pertama 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat