“Hmm korang pula rasa macam mana? Nak peraturan kripto dilaksanakan dalam masa 6 bulan atau 4?”
Menteri Bandaraya Andrew Griffith menggesa pengawal selia United Kingdom (UK) meningkatkan kejelasan tentang peraturan pengiklanan mata wang kripto dilaksanakan baru-baru ini selepas konflik tercetus disebabkan mempunyai perspektif berbeza.
Bukan itu sahaja, Griffith dalam surat pada Pihak Berkuasa Kelakuan Kewangan (FCA) telah melarang firma yang menawarkan aset digital daripada mempromosikan perkhidmatan mereka kepada pelanggan di UK.
Peraturan perlindungan tersebut adalah untuk semua firma kripto sama ada di dalam UK atau luar negara, oleh itu sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan denda yang tinggi mahupun dipenjarakan sehingga dua tahun.
Selain mendesak pengawal selia untuk segera mengeluarkan garis panduan akhir, Griffith turut memaklumkan kepada Ketua Eksekutif FCA Nikhil Rathi berkenaan aduan diterima daripada firma kripto yang gelisah tentang ketiadaan panduan.
Suka dimaklumkan Perdana Menteri Rishi Sunak telah menyokong kripto dan rangka kerja kawal selia secara aktif bagi menggalakkan pertumbuhan aset digital di Britain.
Namun, FCA menyuarakan kebimbangannya berkali-kali mengenai keputusan kerajaan yang ingin memendekkan masa daripada enam bulan kepada empat dalam melaksanakan peraturan susulan ia dapat beri cabaran untuk pasaran kripto.
Griffith turut membangkitkan beberapa kebimbangan tentang skop peraturan baharu susulan kewangan decentralized (DeFi) yang juga memerlukan pematuhan undang-undang dapat beri implikasi pada platform global mereka.