Kontrak Dengan NASA Lonjakkan Saham Virgin Lebih 14%

274

Virgin Galactic adalah syarikat penerbangan angkasa dalam Kumpulan Virgin. Ia mencipta kapal angkasa komersial dan bertujuan untuk menyediakan penerbangan ruang angkasa suborbital kepada pelancong angkasa dan pelancaran suborbital untuk misi sains angkasa.

Jutawan Richard Branson, yang merupakan pengasas Virgin Galactic Holdings Inc telah mendedahkan bahawa ia telah menandatangani kontrak dengan NASA untuk mengembangkan program bagi mempromosikan private mission ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Berikutan dengan itu, saham syarikat tersebut telah pun melonjak lebih 14%.

Sebahagian daripada intipati perjanjiannya dengan Johnson Space Center, syarikat pelancongan angkasa itu akan mengenal pasti entiti yang berminat untuk membeli misi tersebut dan mengembangkan pakej latihan, serta menyalurkan bantuan melalui sumber pengangkutan, on-orbit dan darat.

Untuk pengetahuan semua, NASA didakwa NASA sangat bergantung kepada syarikat swasta yang memiliki visi bersama untuk penerokaan ruang angkasa. Selain itu, organisasi berkenaan sedang menjalankan persediaan jangka masa panjang bagi di bulan dan misi di Marikh.

Pada tahun hadapan, pelancaran ruang angkasa NASA akan dimulakan. Melalui pelancaran tersebut, organisasi berkenaan bakal membawa manusia ke bulan pada tahun 2024.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat