Korea Utara-Rusia Jalin Kerjasama Ketenteraan, Tetapkan Perjanjian Tanpa Syarat!

252

Korea Utara dan Rusia bersetuju untuk memberikan bantuan ketenteraan segera sesama negara jika mereka menghadapi pencerobohan bersenjata. Ia hasil pakatan penting yang dipersetujui oleh Presiden Putin dan Kim Jong Un.

Perjanjian itu adalah salah satu langkah berprofil tertinggi di Asia oleh Rusia dalam beberapa tahun ini. Putin melawat China pada bulan lepas sejurus selepas pelantikannya untuk penggal kelima sebagai presiden.

Jika salah satu pihak menghadapi pencerobohan bersenjata dalam keadaan perang, pihak yang lain akan segera memberikan bantuan ketenteraan mengikut Perkara 51 Piagam PBB dan undang-undang setiap negara.

Perkara 51 Piagam PBB memperuntukkan hak negara anggota untuk mengambil tindakan mempertahankan diri individu atau kolektif.

Kim mengulangi kenyataan Putin secara jelas mengaitkan hubungan mereka yang semakin erat dengan memerangi dasar imperialis Barat dan Amerika Syarikat khususnya termasuk sokongannya terhadap serangan Ukraine.

Pada Februari 2022, AS dan Korea Selatan semakin bimbang dengan hubungan mendalam antara Rusia dan Korea Utara. Kedua-duanya dituduh melanggar undang-undang antarabangsa dalam perdagangan dan pegawai Ukraine menemui serpihan peluru berpandu milik Korea Utara dalam serangan Rusia.

Namun, kedua-duanya menafikan tuduhan perdagangan senjata tersebut.

Putin dan Kim berikrar untuk bekerjasama di saat kedua-duanya menghadapi pengasingan antarabangsa yang semakin meningkat dalam kalangan sekutu Amerika Syarikat serta rantau Asia. Korea Utara satu-satunya negara yang telah menguji senjata nuklearnya pada abad ini.

Perjanjian itu menyokong kedua-dua pihak tidak akan menandatangani perjanjian dengan negara ketiga yang melanggar kepentingan negara lain dan tidak akan membenarkan wilayahnya digunakan oleh mana-mana negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat