Kripto Diiktiraf Sebagai Aset Pelaburan Bertauliah Di Singapura

924

‘Makin maju negara seberang kita ni, Malaysia masih lagi belum seagresif itu.’

ADDX, sebuah platform sekuriti swasta yang disokong Singapore Exchange (SGXL.SI), menjadi institusi kewangan pertama di Singapura yang mengiktiraf mata wang kripto sebagai aset pelaburan bertauliah.

Pengiktirafan tersebut dicapai selepas menyaksikan penerimaan meluas mata wang digital yang mendorong institusi-institusi kewangan untuk memanfaatkan semua jenis pelaburan termasuk kripto.

Sebagai makluman, peraturan di Singapura menetapkan individu yang punyai dolar Singapura $300,000 setahun atau dolar Singapura $1 juta dalam aset kewangan bersih atau dolar Singapura $2 juta sebagai aset peribadi bersih sahaja layak diberi pengiktirafan pelaburan bertauliah.

Ulas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Oi-Yee Choo, ADDX bukan sahaja mengiktiraf kripto dengan nilai pasaran yang lebih tinggi malah akan menawarkan diskaun apabila menilai aset tersebut.

Difahamkan ADDX akan menerima kripto dalam kategori aset peribadi bersih dan diberi kadar diskaun 50% bagi Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) apabila mengira nilai pegangan sementara diskaun 10% untuk stablecoin USDC.

Tambahnya, sebahagian besar pelabur memiliki kripto, maka adalah wajar untuk aset digital diiktiraf sebagai portfolio pelaburan yang boleh dinilai dalam pasaran.

Dalam pada itu, ADDX juga merancang untuk membolehkan pelanggan membiayai dompet pelaburan mereka dengan kripto, selain membenarkan pengguna menukar aset mereka antara mata wang fiat dan kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat