Kripto Tidak Sesuai, Bank Pusat Pakistan Pilih Bakal Ambil Tindakan Keras!

835

Bank Negara Pakistan (SBP), dilaporkan telah membuat keputusan untuk mengharamkan penggunaan semua aset kripto dalam negara tersebut. Bank pusat juga telah meminta Mahkamah Tinggi Sindh untuk mengisukan pengharaman kripto yang beroperasi tanpa kebenaran dan mengenakan penalti ke atas mereka.

Sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi yang ditubuhkan untuk menjalankan kajian dan memuat cadangan sama ada sebarang bentuk aset kripto patut dibenarkan di bawah undang-undang Pakistan atau tidak dilaporkan telah menyerahkan laporannya kepada Mahkamah Tinggi Sindh pada hari Rabu lalu.

Jawatankuasa itu dibentuk oleh Mahkamah Tinggi Sindh di bawah pengawasan Timbalan Gabenor Bank Negara Pakistan (SBP) dan pegawai dari Kementerian Kewangan Pakistan, Kementerian Teknologi Maklumat, Pihak Berkuasa Telekomunikasi, dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.

Laporan setebal 38 muka surat itu dikemukakan kepada mahkamah oleh Timbalan Gabenor (SBP) Sima Kamil, mengesyorkan larangan sepenuhnya terhadap semua aset kripto dan aktiviti berkaitan di Pakistan.

Jawatankuasa itu menyatakan bahawa aset kripto harus diisytiharkan sebagai haram, menekankan bahawa selepas analisis yang diteliti itu mendapati bahawa risiko aset kripto jauh melebihi faedahnya bagi negara Pakistan. Laporan itu juga memberi amaran bahawa aset kripto boleh digunakan untuk pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Tambahan pula, jawatankuasa itu menggesa mahkamah untuk mengharamkan segala bentuk aktiviti kritpo yang beroperasi tanpa kebenaran terutama dalam bursa pertukaran kripto dan mengenakan penalti ke atas mereka seperti yang telah dilakukan oleh beberapa negara. Laporan itu memetik penyiasatan baru-baru ini oleh Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) Pakistan terhadap pertukaran kripto, termasuk Binance, dan risiko yang ditimbulkannya kepada pelabur.

Mahkamah Tinggi Sindh mengarahkan jawatankuasa itu menghantar salinan laporan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Undang-undang untuk membuat keputusan muktamad sama ada sebarang bentuk aset kripto akan dibenarkan di Pakistan atau tidak. Mahkamah juga mengarahkan kedua-dua kementerian untuk mengesyorkan sama ada perniagaan kripto dalam apa jua bentuk boleh dijalankan secara sah di negara ini. Mereka akan menyerahkan laporan keputusan mereka pada 11 April nanti.

Pempetisyen, Waqar Zaka, hos televisyen dan usahawan kripto, telah menggesa bahawa aset kripto harus diisytiharkan sah. Mahkamah akan meneruskan pendengaran petisyennya pada 12 April berikutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat