Krisis Bank & Mesyuarat ECB Jadi Tumpuan, Apa Jadi Pada Carta EUR/USD?

205

Situasi cemas dalam pasaran mula diredakan sedikit dengan laporan 11 bank gergasi di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menyuntik $30 bilion deposit kepada First Republic Bank, salah sebuah bank yang turut menerima kesan buruk seperti SVB dan Signature.

Sementara tumpuan pasaran semalam terarah kepada mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) di awal sesi New York, menyaksikan kenaikan kadar faedah dinaikkan sebanyak 50 mata asas seperti ramalan.

ECB dilihat mengetepikan sentimen pasaran ketika ini dan meneruskan sasaran kenaikan kadar faedah kali ini ke paras 3.50%.

Mata wang Euro pada mulanya menunjukkan reaksi negatif dengan menyusut ketika keputusan tersebut diumumkan, namun kembali meningkat semula mengakhiri dagangan ke penghujung sesi.

Sementara US dolar pula suram, tidak meneruskan momentum pengukuhan yang tercetus pada Rabu lalu.

Carta pasangan mata wang EUR/USD semalam menyaksikan harga bergerak mendatar di sekitar zon 1.06000 walaupun dilihat ada turun naik harga berlaku ketika reaksi keputusan mesyuarat ECB.

Terus mendatar perlahan di atas paras 1.06000 tersebut menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga dilihat masih berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD menandakan isyarat masih bearish.

Penurunan harga boleh berlaku jika US dolar menyambung pengukuhan menekan harga susut di bawah paras 1.06000.

Harga akan mencecah semula ke zon support penting sekitar 1.05200-1.05000 sebelum pelabur menilai reaksi harga untuk petunjuk seterusnya.

Jika masih tembus lebih rendah meneruskan penurunan, harga boleh menuju sehingga ke sekitar 1.04000.

Sebaliknya jika sentimen mula berubah dan melonjakkan harga naik semula, paras 1.07000 menjadi terawal yang diuji sebelum harga bakal mengatasi ketinggian dicapai minggu ini pada 1.07600.

Seterusnya, sasaran akan kembali terarah pada ketinggian 1.08000 seperti jangkaan pada pergerakan bullish di awal minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat