Krisis Perbankan Global Bakal Melihat BTC & Emas Bersinar! – Robert Kiyosaki

501

“Hmmm macam mana kalau harga BTC tak naik juga walaupun bank runtuh.”

Pengarang buku terkenal “Rich Dad Poor Dad” dan penyokong tegar mata wang kripto Bitcoin (BTC), Robert Kiyosaki memberi amaran bahawa tidak lama lagi dunia mungkin mengalami keruntuhan kewangan global.

Menurut Kiyosaki kepada 2.4 juta pengikut akaun Twitter miliknya, peningkatan secara besar-besaran dalam hasil Bil Perbendaharaan (T-Bill) sebulan mampu menyebabkan kemelesetan terjadi dalam masa terdekat ini.

Oleh demikian, beliau berkata bahawa BTC termasuk logam berharga adalah antara aset yang dapat menjadi penyelamat semasa kejadian buruk sedemikian berlaku.

Kiyosaki turut meramalkan harga BTC berpotensi untuk melepasi paras $100,000 ataupun lebih lagi susulan Federal Reserve (Fed) berkemungkinan tidak akan bertindak agresif dalam menaikkan kadar faedah.

Rentetan itu, BTC mampu melonjak tinggi sekiranya Fed melonggarkan dasar monetari mereka dan menyuntik kecairan dalam sistem kewangan.

Hal ini kerana Fed perlu mencetak berbilion wang yang ‘tak wujud’ dan ia akan menjadi sebab harga BTC dapat capai $500,000 sebelum akhir tahun 2025 manakala emas dan perak masing-masing bakal cecah $5,000 serta $500.

Selepas Kiyosaki yang turut menjangkakan harga aset digital tersebut akan cecah $500,000 menjelang tahun 2025, beliau menegaskan bahawa krisis perbankan dialami Amerika Syarikat (AS) dapat mendorong masyarakat mula membuka mata terhadap BTC.

Pun begitu, harga BTC kini masih mencatatkan penurunan sebanyak 1.72% pada paras $27,684 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $536 bilion seterusnya tergelincir 1.46% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat