Kritikal Minggu ini, Mampukah FOMC Dorong BTC Naik Tinggi?

393

“Mesti pelabur tak sabarkan masa FOMC nanti, tapi tulah takut bergerak mendatar je.”

Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan pada 31 Oktober dan 1 November 2023 mungkin akan memberi kesan kecil pada harga mata wang kripto Bitcoin (BTC) termasuk saham.

Bagaimanapun, ucapan daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga merupakan salah satu petunjuk penting dalam menentukan sama ada pasaran kripto akan naik atau turun.

Memang tidak dinafikan pelabur dan pedagang pada masa ini sungguh yakin Fed akan menghentikan kenaikan kadar faedah semasa FOMC nanti, tetapi terdapat kebarangkalian untuk bank pusat AS menaikkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 3 Disember 2023.

Para pegawai dalam beberapa mesyuarat Fed baru-baru ini telah memastikan pasaran kripto tidak terkesan walaupun pendirian dasar monetari didapati semakin lemah.

Meskipun begitu, Powell memberi amaran bahawa majoriti pegawai Fed berhasrat untuk menaikkan lagi kadar faedah sekiranya perlu sambil mengukur data mengenai inflasi dan pengangguran.

Susulan terdapat kebarangkalian 19.8% untuk Fed naikkan kadar faedah 0.25% daripada julat semasanya, ucapan Powell mungkin dapat menyebabkan reaksi harga BTC termasuk Indeks Nasdaq dan S&P 500 tercetus.

Menerusi pemerhatian, peluang kenaikan harga BTC mampu terhenti jika melihat perkembangan penting dalam on-chain seperti profit booking* oleh pemegang BTC jangka pendek ditambah pula sekiranya aset digital itu gagal tembus zon rintangan pada $35,000.

*Menjadikan perdagangan jangka pendek atau pelaburan jangka panjang menguntungkan dalam masa minimum dengan keuntungan maksimum

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.22% pada paras $34,495 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $673 bilion seterusnya mencatatkan pendakian 14.60% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat