Langkah Berani El Salvador Tidak Direstui, IMF Beri Amaran!

3,238

Setakat ini Bitcoin masih didagangkan ‘sideway’ dan cenderung lemah, walaupun begitu persaingan antara kripto dan matawang fiat berterusan seperti biasa. Di tengah konflik ini, El Salvador mengambil langkah berbeza dengan mengumumkan bahawa Bitcoin akan menjadi matawang yang sah. Langkah seterusnya adalah membentuk sistem matawang rasmi El Salvador seiring dengan AS dolar.

Sebelum perkara ini ditangani, Institusi Kewangan Antrabangsa (IMF) telah memberi tindak balas dengan mengatakan penggunaan Bitcoin sebagai tender yang sah dapat mengakibatkan risiko dan halangan. Justeru IMF menggesa ia ditangani dengan berhati-hati.

Pada masa yang sama, Jawatankuasa Basel Bank juga menetapkan wajaran risiko 1250% untuk Bitcoin. Di satu pihak, Presiden El Salvador Nayib Bukele berharap Bitcoin dapat membantu perkembangan ekonomi negara. Di pihak yang lain, amaran terus dikeluarkan dalam kalangan organisasi antarabangsa, institusi dan bank pusat utama.

Pasukan IMF dijadualkan bertemu dengan Presiden El Salvador, Nayib Bukele pada hari ini dengan pakej bantuan pandemik untuk negara itu sebagai pertimbangan.

Menurut jurucakap Rumah Putih, Gerry Rice, “Penerapan bitcoin sebagai tender sah menimbulkan sejumlah masalah makroekonomi, kewangan dan undang-undang yang memerlukan analisis yang sangat teliti,”

Setakat ini pasaran kripto masih dihujani oleh berbagai sentimen yang kurang positif dan sebahagiannya adalah berunsur ‘FUD’. Harga BTC masih didangkan pada paras $36,000 dan $37,000. Pasaran memilih untuk berhati-hati dalam melakukan perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat