Laporan Bercanggah Mengenai Brexit Buat Pelabur Kusut!

320

Perkembangan mengelirukan mengenai rundingan perdagangan Brexit sekali lagi meletakkan para pelabur dalam keadaan berwaspada dalam meletakkan posisi buat matawang pound sterling pada permulaan dagangan awal minggu.

Pada hari Ahad, The Guardian melaporkan bahawa satu kejayaan besar telah dibuat dalam rundingan Brexit mengenai hak Eropah untuk menangkap ikan di perairan UK.

Menurut sumber dari Kesatuan Eropah (EU), kedua-dua pihak dikatakan mempunyai semua syarat kecuali mengenai tahap akses kapal EU ke laut dalam zon ekonomi eksklusif 200 batu di UK dengan tempoh peralihan untuk perubahan secara berperingkat antara lima hingga tujuh tahun.

Walau bagaimanapun, perkara sebaliknya telah dilaporkan oleh kerajaan Britain yang mengatakan kedua-dua pihak masih belum mencapai kesepakatan dalam isu perikanan, tidak seperti yang didakwa oleh Brussels.

Bukan itu sahaja, malah tiada perkembangan baru telah dicapai ketika rundingan berlangsung pada hari Ahad dan isu mengenai persaingan yang adil kekal menjadi penghalang utama kepada kesepakatan antara UK dan EU.

Ini menguatkan lagi dakwaan Presiden Suruhanjaya EU Ursula von der Leyen yang telah bercakap dengan Perdana Menteri Boris Johnson pada Sabtu, menyatakan perbezaan masih wujud antara kedua-dua pihak.

Para pegawai perundingan UK dan EU dikatakan akan menyambung semula rundingan mereka pada hari ini.

Laporan yang bertentangan ini nyata telah mencetuskan keraguan buat para pelabur, membuatkan matawang pound sterling didagangkan di bawah tekanan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat