Laporan Data Inflasi Zon Eropah Meningkat Dan Kadar Pengangguran Menurun

86

Bacaan inflasi bagi zon-zon eropah untuk bulan Julai kekal dalam jangkaan iaitu pada kadar 1.3%.

Kadar inflasi teras juga di jangkakan kekal, namun telah meningkat kepada 1.2% daripada 1.1% bulan lepas. Penambahan kadar 0.1% pada bulan ini menjadikan jumlah perbezaan sebanyak 0.9% berbanding bacaan pada bulan Julai tahun lepas.

Harga tahunan tenaga meningkat 2.2% daripada 1.9% bulan lepas, manakala kadar inflasi makanan dan minuman pula tidak berubah pada 1.4%

Untuk harga barangan industri bukan tenaga pula meningkat 0.5% daripada 0.4% bulan sebelumnya. Namun begitu, bagi sektor perkhidmatan, kadar inflasi sedikit menurun kepada 1.5% berbanding 1.6% bulan Jun lepas.

Keputusan laporan yang positif pada inflasi teras petang tadi di lihat dapat meningkatkan keyakinan bank pusat Eropah (ECB) dalam menghampiri sasaran 2% kadar inflasi.

Dalam berita yang lain, Eurostat juga melaporkan penurunan terhadap kadar pengangguran bagi bulan Jun kepada 9.1% daripada 9.2% bulan lepas.

Berdasarkan laporan-laporan di atas, ECB di jangka akan memperlahankan pembelian-pembelian bon pada tahun depan dan perkembangan dalam pendapatan akan menjadi salah satu tumpuan utama mereka dalam menentukan polisi monetari akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat