Lebarkan Sayap, Broker Kripto Ini & Deutsche Bank Bekerjasama!

207

“Terbaiklah Bitpanda, broker kripto lain boleh ikut jejak langkah positifnya.”

Bitpanda, broker mata wang kripto Austria akhirnya berjaya mengembangkan perkongsiannya bersama Deutsche Bank bagi melaksanakan penyelesaian pembayaran nyata untuk transaksi para penggunanya di Jerman.

Dilaporkan, pengguna Bitpanda kini bukan sahaja dapat mengakses nombor akaun bank antarabangsa Jerman (IBAN) malah menukar kripto pada fiat atau sebaliknya sementara Deutsche Bank pula akan menyediakan sokongan bagi transaksi masuk serta keluar di broker kripto itu.

Menurut Lukas Enzersdorfer-Konrad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bitpanda berkata pasukannya mulai hari ini boleh mengakses rangkaian produk Deutsche Bank termasuk mendapat pelbagai manfaat.

Suka dimaklumkan Bitpanda pada April 2024 turut bekerjasama dengan pemberi pinjaman terbesar disokong kerajaan Jerman Landesbank Baden-Württemberg (LBBW) untuk menawarkan perkhidmatan jagaan kripto di negara itu yang akan disiarkan secara langsung pada separuh kedua tahun ini.

Susulan Deutsche Bank tidak asing dengan aset digital dan tokenization, gergasi perbankan Jerman tersebut didapati menambah penjagaan kripto serta tokenization pada tahun lepas melalui pemeteraian perjanjian bersama Taurus.

Perlu diketahui juga Taurus yang disokong oleh Deutsche Bank telah menawarkan pinjaman SME tokenized melalui platform pinjaman Teylor.

Pada sisi berbeza, penganalisis penyelidikan Deutsche Bank mendedahkan hanya 14% daripada pasaran stablecoin sahaja mampu bertahan sejurus selepas mengkaji hampir 334 currency pegs.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat