Lelaki Ini Semakin Buntu untuk Menyembuhkan Sakit Yang Dihidapi Ekonomi

35

Menurut pegawai kanan Fed pada Isnin, bank-bank pusat dan kerajaan perlu tampil dengan dasar pelonggaran yang baru bagi membantu pertumbuhan ekonomi pada masa akan datang.

Selain itu, Presiden Fed San Francisco berkata kerajaan perlu tampil dengan program perbelanjaan bagi mengelakkan ekonomi terus mencatat kemerosotan berterusan. Selain itu, peningkatan pelaburan dalam pendidikan dan penyelidikan juga penting bagi mengembalikan ekonomi ke tahap asal.

William turut berpendapat bahawa pengurangan kadar faedah oleh bank pusat tidak mencukupi jika sekiranya kadar semula jadi dan kadar inflasi berada pada tahap yang sangat rendah.

Sementara itu, William juga menggesa perubahan dasar yang meluas.

Di peringkat global, bank pusat nampak kecewa dengan pertumbuhan ekonomi yang rendah.

Penggubal dasar seperti Williams amat yakin dan percaya bahawa faktor-faktor luar, seperti populasi yang semakin tua dan produktiviti yang melembap juga membantutkan pertumbuhan.

Williams pada Isnin menganggarkan kadar AS hanya boleh mencapai setinggi 3% atau 3.5% walaupun ekonomi sudah kembali pulih.

Menurut beliau lagi, langkah yang boleh diambil pada masa akan datang termasuklah :

  1. Meningkatkan matlamat inflasi Fed yang sekarang berada ada tahap 2%.
  2. Menggantikan rejim inflasi dengan beberapa bentuk sasaran KDNK.

Namun begitu, kedua-dua cara ini memerlukan kos.

Trader emas mesti baca artikel ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat