Lepas Meroket Tinggi, Apa Nasib USD Pada Sesi Eropah?

864

Memasuki sesi Eropah, raja matawang terus mengekalkan momentum pengukuhan di puncak tertinggi empat setengah bulan berbanding matawang utama, meskipun memaparkan sedikit penyusutan.

Pengukuhan ini telah disokong oleh laporan minit mesyuarat FOMC yang menunjukkan sebahagian besar pembuat dasar Federal Reserve (Fed) bersetuju untuk melakukan pengurangan pembelian bon tahun ini.

Setelah mendapatkan petunjuk daripada minit mesyuarat Fed, tumpuan pelabur kini beralih kepada ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell di acara tahunan simposium Jackson Hole pada akhir bulan ini.

Selain itu, sentimen pasaran yang masih berisiko turut mendukung dagangan dolar greenback sebagai safe-haven ketika kebanyakan matawang utama terus melemah.

Euro jatuh ke paras terendah terbaru sejak November 2020, membawa dagangan matawang itu di sekitar harga 1.16800 berbanding US dolar.

Sementara matawang pound juga turut menyusut, menghampiri paras terendah satu bulan selepas terkesan dengan bacaan inflasi yang tersasar daripada jangkaan, selain turut bimbang dengan angka kes harian di UK yang kembali menunjukkan peningkatan.

Di sisi lain, ancaman Covid-19 yang meningkat turut menekan dolar Aussie untuk terus mencatatkan penurunan, walaupun telah diperlihatkan dengan bacaan positif data pekerjaan Australia yang menunjukkan kadar pengangguran menurun pada Julai.

Selain itu, dolar Kanada juga merosot rendah walaupun data inflasi Kanada menunjukkan peningkatan pada bulan lalu. Kelemahan dolar loonie berpunca daripada kejatuhan harga minyak mentah dunia ke paras terendah sejak Mei.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat