Lepas Mesyuarat BOE Malam Ini, GBP Boleh ‘Fly’ Lagi Ke Geng?

537

Selepas keputusan Federal Reserse (Fed) pada awal pagi tadi, tumpuan pasaran kini beralih kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada malam ini.

Para penggubal BOE dijangka akan mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat sama ada UK dan Kesatuan Eropah (EU) dapat memeterai perjanjian perdagangan Brexit menjelang tarikh akhir tempoh peralihan pada 31 Disember.

Ketika Britain dan EU masih berusaha menghindari daripada no-deal Brexit, BOE dijangka akan meneruskan program pembelian bon pada £895 bilion selepas meningkatkannya sebanyak £150 bilion pada bulan lalu.

Ini mungkin cukup untuk memberikan kekuatan yang cukup hingga akhir 2021 dan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dijangka akan memperincikan bagaimana pembelian bon baru akan dimajukan. Sementara kadar faedah pula diramalkan kekal di paras terendah pada 0.1%.

Pada mesyuarat polisi sebelum ini, bank pusat mengatakan pihaknya bersedia untuk mengambil tindakan tambahan yang diperlukan untuk mencapai sasarannya.

Namun, buat masa ini, dengan rundingan perdagangan Brexit masih berjalan dan vaksin Covid-19 telah mula diedarkan, jawatankuasa BOE cenderung untuk lebih tenang dalam menetapkan ramalannya terhadap pertumbuhan ekonomi.

Matawang pound meneruskan kenaikan lebih tinggi pada awal sesi Eropah dengan diperdagangkan mengukuh pada 1.35700 berbanding USD. Bagaimanapun, para pelabur perlu berhati-hati mengenai sebarang petunjuk yang akan diberikan oleh BOE mengenai dasar monetari semasanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat