Lepas Tembus Paras Ketinggian Baru, Apa Nasib 2 Matawang Ini?

749

Matawang Asia terus memanfaatkan sentimen positif pasaran untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi susulan harapan pasaran terhadap pemulihan global yang disokong oleh perkembangan positif vaksin telah mengangkat sentimen terhadap matawang berisiko.

Permulaan sesi pasaran Asia memperlihatkan dagangan dolar New Zealand didagangkan meningkat selepas menembusi paras ketinggian terbaru 2 setengah tahun berbanding USD pada sesi sebelum ini.

Berita positif bahawa Presiden Donald Trump akan menandatangani pakej bantuan rangsangan AS yang dicadangkan oleh Pemimpin Senat Majoriti, Mitch McConnell telah meningkatkan lagi sentimen pasaran.

Sementara itu, dolar Aussie turut menguat di paras tertinggi lebih 2 tahun pada sesi Asia hari ini selepas data perdagangan Australia yang menunjukkan bacaan memberangsangkan turut menyokong dagangan matawang komoditi itu.

Lebihan perdagangan Australia mencatatkan peningkatan ketara sebanyak A$7.46 bilion pada bulan Oktober, daripada A$5.82 bilion yang direkodkan bulan sebelumnya, serta jauh tersasar daripada jangkaan untuk kenaikan A$5.8 bilion.

Ini adalah lebihan perdagangan terbesar pernah direkodkan sejak April, di tengah-tengah permintaan global yang semakin meningkat susulan lebih banyak negara dibuka semula daripada penutupan Covid-19.

Eksport Australia dilaporkan melonjak 5% kepada A$35.72 bilion, sementara import meningkat 1% kepada A$28.26 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat